PETA & SEJARAH KAMPUNG SULUK


Menurut cerita seorang penduduk tempatan iaitu Encik Osman bin Malik atau di kenali dengan pangilan Pak Jang Man yang kini berusia 85tahun,Kampung Suluk dahulunya di kenali sebagai Kampung Matahari jatuh Kawasan Bukit Gemuruh. Kampung Suluk wujud sebelum Negara mencapai Kemerdekaan lagi. Menurut beliau pada zaman dahulu seorang Alim yang bernama Tok Lebai Talib yang berasal dari negeri Kedah telah berhijrah ke Kampung ini dengan mengamalkan ajaran Suluk.Pengamal ajaran ini telah mendirikan sebuah rumah yang dikenali Rumah Suluk. Apabila pengamal ajaran ini untuk datang ke kampung ini dan mereka akan bertanyakan pada orang ramai dimanakah Kampung Suluk. Dengan secara tidak langsung maka kampung yang dahulu di kenali sebagai Kampung Matahari Jatuh telah bertukar nama kepada KAMPUNG SULUk untuk memudahkan mereka datang ke Kampung ini.Namun begitu Kampung Suluk terletak di bawah pentadbiran Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bukit Gemuroh.