Rabu, 28 Julai 2010

Pertandingan Hafazan dan Musabaqah Anjuran Wanita Qariyah





Pada 24/7/2010 yang lalu Wanita Qariyah mengajurkan pertandingan Hafazan & Musabaqah peringkat Qariyah Teluk Kumbar. Alhamdulillah perserta yang mendapat tempat pertama dalam Musabaqah berbagai peringkat, di menangi oleh anak kepada Saudara Ismail Said dan Saudara Bahari bin Manan.

MESYUARAT AJK KAMPUNG SULUK






Mesyuarat tersebut telah pun memutuskan perkara seperti berikut :-

Bersempena dengan Bulan Ramadhan Al-Mubarak, pihak Ahli Jawatankuasa Kampung telah pun bermesyuarat dan memutuskan seperti berikut:-

1. Pihak Jawantankuasa Kampung Suluk ingin menjemput tuan/puan serta keluarga untuk mengimarahkan SURAU SEK. MEN. TELUK KUMBAR II dengan kebenaran Pihak Sekolah yang akan bermula pada 29/7/2010 KHAMIS bermula dengan sembahyang Fardhu Maghrib, bacaan Yassin dan sembahyang fardhu Isya akan berterusan sampai bila-bila. Kita akan sama-sama bersembahyang Tarawih pada bulan Ramdhan di Surau tersebut.

2. Sempena dengan bulan RAMDHAN 1431 pada tahun ini pihak Jawatankuasa Kampung Suluk akan mengadakan kutipan malam 27 Ramadhan bermula bila-bila masa dari tarikh notis ini dikeluarkan.

3. Jawatankuasa juga akan mengadakan masakan bubur Lambuk atau Kanji pada setiap hari Sabtu dan Ahad semasa bulan Ramadhan, bertempat di Mini Dewan Kelab Seri Gemuroh (KONTENA) bedekatan dengan Gelangang Sepak Raga Kg Suluk. Masakan akan bermula pada jam 4.00 petang sehingga selesai. Kepada semua penduduk kampong yang ingin turut serta untuk bergotong royong anda dialu-alukan. Semua penduduk Kampung dijemput untuk mengambil Kanji tersebut ditempat seperti diatas.

AHLI JAWATANKUASA KAMPUNG SULUK

Rabu, 21 Julai 2010

Pertandingan Bowling







Pertandingan bowling anjuran Biro Sukan UMNO bahagian Balik Pulau pada 18/7/2010. Semua cawangan terlibat dalam pertandingan tersebut. Umno Cawangan Bukit Gemuroh menghantar 4 pasukan ke pertandingan tersebut. Turut hadir pada hari tersebut Yb Dato' Seri Dr Hj Hilmi b Hj Yahaya Adun Teluk Bahang, Yb Tn Hj Syed Amerrudin b Dato' Syed Ahmad dan Yb Tn Hj Sr Mohad Farid b Hj Saad. En Salleh pengerusi & semua AJK biro tersebut telah berjaya menganjurkan program tersebut.

Operasi Bersepadu










Kemarin 20/7/2010 jam 1.30 petang satu operasi bersepadu antaranya JKJR, Polis & JPJ. Menceritakan betapa pentingnya keselamatan jalan raya kepada murid-murid Sek men Teluk Kumbar II yang menunggang motosikal ke Sekolah. Ada di antaranya tidak mempunyai lesen motosikal dan juga lesen memandu. Kesedaran ini perlu di terapkan kepada semua murid-murid sekolah tersebut. Pihak kampung menyokong tindakan yang dibuat untuk keselamatan semua pihak.

Majlis Bacaan Yassin







Kelab Seri Gemuroh bersama Kumuniti Bistari Bukit Gemuroh mengadakan Majlis bacaan Yassin bertempat di Surau Sek Men Tlk Kumbar II sempena program Berkayak dari Sungai Muda ke Sungai Merbok yang belansung pada 17/7/2010. Turut Hadir pada malam tersebut En Wan Salim dari Jabatan Penerangan Barat Daya.

Rabu, 14 Julai 2010

OPERASI GAM





Pemuda Kampung Sulup akan membanteras habis-habisan penghidu GAM yang sekarang ini begitu berleluasa di sekitar Kampung Sulup & Pasir Belanda. Operasi berkala ini disokong oleh Jawatankuasa Kampung & JKKKP Bukit Gemuroh. Kita juga akan memberi amaran kepada pekedai-pekedai yang menjual gam ini kepada remaja & murid-murid sekolah.
Perkara ini menjadi agenda yang sirius kepada Pemuda Kampung Suluk.