Isnin, 27 Jun 2011

Team Pemuda UMNO Bukit Gemuroh




Dah lama pasukan kami teringin kembali untuk bermain di padang KONGSI Balik Pulau. Tahniah kepada Pemuda UMNO Balik Pulau kerana menganjurkan Perlawan bolasepak Piala KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN BALIK PULAU". Kemarin 26 Jun 2011 pasukan kami bertemu dengan Pasukan dari Simpang 4 Balik Pulau. Kemenangan berpihak kepada pasukan kami dengan jaringan 4-2. Semua pemain terdiri daripada pemuda-pemuda UMNO Bukit Gemuroh. Tahniah daripada Pemuda Kg Suluk.

Fairus Akhiri Zaman Bujang






Seorang lagi Pemuda Kg SUluk mengakhiri zaman bujang pada 25 Jun 2011 . Fairus b Rahim bersama pasangannya Nurhidayah Bt Ishak telahpun di Ijab Kabul Oleh Kadi di Masid Batu Uban Pulau Pinang. Ucapan daripada semua pemuda Kg Suluk semoga berbahagia & berkekalan sehingga akhir hayat.

Khamis, 2 Jun 2011

KONVOI KELUARGA BAHAGIA







Hari ini 3 Jun 2011 sebanyak lima buah kereta telah ke Teluk Senagin Perak untuk program Keluarga Bahagia yang di ketuai oleh En Aizar b Mat Said selaku Pengerusi Kelab Seri Gemutroh (MAYC). Konvoi tersebut akan singgah kedistinasi pertama di Teluk Senangin dan bermalam dua malam, kemudian ke Pulau Pankor dan distinasi yang terakhir ialah di Cameron Hightland. Pemuda mengucapkan selamat pergi dan selamat pulang ke kampung halaman.