Ahad, 28 Mac 2010

Gotong royong bencana






26 Mar 2010 pada malam harinya angin kencang dan hujan lebat yang turun menyebabkan sebatang pokok Medang yang terletak dibelakang rumah Puan Noraisah bt Hashim 62thn seorang ibu tunggal. Pokok tersebut tumbang, lalu menimpa bumbung sebelah dapur rumah beliu. Sebilangan daripada pemuda Kampung Suluk bersama dengan ketua pemuda telah hadir untuk bergotong royong bagi memindahkan pokok tersebut. Turut hadir pada petang tersebut En Mat Asah b Yob Tim Ketua Kampung & Pengerusi JKKKP Bukit Gemuroh Tn Hj Nordin B Ahmad. Perkara ini telah pun diadukan kepada Yb Kawasan ADUN Bayan Lepas. Bagi pihak Ketua Pemuda Kampung Suluk ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang membantu mangsa bencana pada hari tersebut.

1 ulasan:

  1. Salam ,beginilah pemuda harapan bangsa. Harap dapat di contohi oleh pemuda-pemuda lain.

    BalasPadam