Selasa, 24 Ogos 2010

Gotong Royong Mencipta Bintang Hari Raya






Pemuda Kampung Suluk sedang bergotong royong mencipta bintang sempena dengan sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini 2010/1431 . Ketinggian bintang tersebut lebih kurang 15 kaki.
Gambar seterusnya FB Azli Bahari.

Majlis Berbuka Puasa











Majlis berbuka puasa anjuran Kampung Suluk, KEMAS Parlimen Balik Pulau & Kelab Penyayang USM pada 21.8.2010 di Surau Sek Men Teluk Kumbar. Siswi & siswa seramai 30 orang tiba di Kampung Suluk pada jam 12.30 t/hari yang di ketuai oleh Sdr Mohd YDP Kelab Penyayang USM Pulau Pinang. Aktivi yang di lakukan seperti masak Kanji (Bubur Lambuk)& menolong wanita memasak juadah untuk berbuka. Majlis bermula pada jam 6.45 petang dengan bacaan Tahlil sehinggalah selesai Solat Tarawih. Turut hadir pada petang tersebut Ybh Dato' Pengerusi Qaryah, En Mohd Zaki Penolong Pengarah Operasi 1 KEMAS P.Pinang, Kakitangan KEMAS B.Pulau dan penduduk kampung. Gambar selanjutnya di Fb Azli Bahari

Rabu, 18 Ogos 2010

SUMBANGAN KEPADA MASJID






UMNO Bahagian Balik Pulau telah mengadakan penyerahan sumbangan kepda semua masjid-masjid yang berada di seluruh Daerah Barat Daya merupakan wang tunai & beras. Tujuan sumbangan ini diberi ialah supaya pihak masjid dapat menampung keperluan semasa di bulan Ramadan ini.Program tersebut diadakan di majid Teluk Kumbar. Turut hadir Yb Dato' Seri Hj Hilmi, Yb Syed, Dato' Prof Dr Idiris ,Sdr Aziaan, En Hisyam, pemimpin-pemimpin tempatan, Pengerusi Qaryah & ajk seluruh Daerah Barat Daya.

Masak Kanji (Bubur Lambuk)









Ahlijawatankuasa Kampung Suluk bersama seluruh penduduk Kampung Suluk menyambut Ramadan pada tahun ini agak istimewa sedikit. Kerana pada setiap Sabtu & Ahad kami menyediakan Kanji (Bubur Lambuk) kepada semua penduduk kampung. Kerja ini di buat secara gotong royong. Terima kasih kepada semua yang menyumbang tidak kira tenaga mahunpun wang ringgit bagi menjayakan program itu.

Isnin, 9 Ogos 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN



Seluruh penduduk Kampung Suluk ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan AL-Mubarak, kepada semua muslimim & muslimat seluruh dunia. Semoga ibadah bertambah hendaknya.