Jumaat, 29 Julai 2011

HARI ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2011












Hari ini 30 Julai 2011 Sek Menengah Teluk Kumbar II mengadakan Hari Anugerah Pelajar Cemerlang 2011. Tetamu kehormat yang hadir ialah Dato' Prof Dr Muhammad Idiris Bin Saleh Pengerusi Qaryah Teluk Kumbar bagi merasmikan majlis tersebut. Turut hadir Tn Hj Nordin Bin Ahmad Pengerusi JKKKP Bukit Gemuroh, En Razak Pengerusi PIBG Sek Berkenaan dan semua waris yang terlibat. Tahniah kepada semua pelajar yang menerimah anugerah tersebut. Tahniah juga kepada semua murid yang mengambil bahagian dalam persembahan Ga,belan, Nasid & Boria. Sek Men Teluk Kumbar menampakan kemajuan yang tinggi baik dalam Akedemik, Koko, dan sebagainya. Teruskan Usaha yang murni. Tahniah kepada Pengetua En Rusli Bin Hashim dan semua guru-guru kerna berjaya mengadakan majlis yang sedemikian rupa.

Khamis, 28 Julai 2011

SELAMAT BERPUASA


PEMUDA KAMPUNG SULUK INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMAHDAN AL-MUBARAK KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA KHUSUSNYA DAN PENDUDUK KAMPUNG SULUK AMNYA. SAMA-SAMA LAH KITA BERILMU, BERAMAL & BERTAKWA KEPADA ALLAH SHWT.

PEMBERITAHUAN

Bersempena dengan Bulan Ramadhan Al-Mubarak, pihak Ahli Jawatankuasa Kampung telah pun bermesyuarat dan memutuskan seperti berikut:-

1. Pihak Jawantankuasa Kampung Suluk ingin menjemput tuan/puan serta keluarga untuk mengimarahkan SURAU SEK. MEN. TELUK KUMBAR II . Untuk pengetahuan tuan/puan
SEMBAHYANG TERAWIH tahun ini akan di adakan di Surau tersebut. Jesteru itu marilah kita beramai-ramai ke surau tersebut untuk sama-sama beramal pada bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

2. Sempena dengan bulan RAMADHAN 1432 pada tahun ini pihak Jawatankuasa Kampung Suluk akan mengadakan kutipan malam 27 Ramadhan bermula bila-bila masa dari tarikh notis ini dikeluarkan. Kutipan akan dibuat oleh Ketua Zon masing-masing

3. Sekiranya tuan/puan ingin mengadakan moreh pada malam-malam bulan Ramadhan sila menghubungi Setiausaha Kampung Suluk.

AHLI JAWATANKUASA KAMPUNG SULUK