Isnin, 28 November 2011

BEKHATAN PERDANA ADUN BAYAN LEPAS


Program berkhatan Perdana ajunran Pusat Khidmat ADUN Bayan Lepas dengan kerjasama JKKKP Bukit Gemuroh dan Kampung SUlup akan berlangsung pada 3 & 4 Nov 2011 bertempat di Kampung SUlup. Aturcara seperti yang tetera di dalam Banner.

Sobrie Mengakhiri zaman bujang











Ahad 27 Nov 2011 lalu En Sobrie di ijab kabul di Masjid Ponduk Upeh. Ramai sanak saudara dari Teluk Kumbar dan Ponduk Upeh hadir bagi meraikan majlis tersebut. Tahniah kepada Sobrie dengan sekali lafas sahaja. Ustaz Mujamin selaku Kadi pada majlis tersebut.

KENDURI RUMAH KAH LAH






MUsim cuti ni ramai teruna dan dara yang akan mendirikan rumahtangga. Ini rumah Kak Lah yang nampak meranik mereka menghiasi khemah dengan bendera Malaysia Patriotik sungguh Kak Lah sekeluarga. Apa pun taniah kerana dapat menantu baru.

Selasa, 8 November 2011

IBADAH KORBAN 1432/2011






Sebanyak 7 ekor lembu dikorbankan di Masjid Teluk Kumbar. Ramai masyarakat yang turut hadir bagi menjayakan program tesebut.

Ahad, 30 Oktober 2011

ADI AKHIRI ZAMAN BUJANG






30 Oktober 2011 Ahad seorang lagi rakan pemuda mengahiri zaman bujang iaitu Adi yang menemui jodohnya besama dengan Wani seorang guru. Majlis kenduri kahwin di adakan di kediaman beliau di Kampung Suluk. Ramai tetamu yang hadir bagi memeriahkan mejlis kenduri kahwinya. Bagi pihak pemuda mengucapkan tahniah dan semoga pasangan tersebut kekal ke akhir hayat amin.

Jumaat, 28 Oktober 2011

PEMBASMIAN TIKUS






Ahlijawatankuasa Kampung Suluk merakamkan ucapan terima kasih kepada unit kesihatan awam MPPP. Operasi di ketuai En Hamzah bersama tiga orang pembantu hadir ke Kampung SUluk untuk membasmi tempat pembiakan tikus.

KENDURI KAHWIN IETA & ALIEZ






Sabtu 22hb Oktober 2011 seorang lagi pasangan mengakhiri zaman bujang. Majlis kenduri kahwin diadakan di rumah pengantin perumpuan merupakan anak jati kampung suluk. Pasangan beliau ,pengantin lelaki berasal dari Negeri Johor. Ramai tetamu yang hadir bagi memeriahkan kenduri tersebut. Ucapan dari Pemuda Kampung Suluk semoga kekal sehingga ke akhir hayat hendaknya. Amin.

Isnin, 3 Oktober 2011

MAJLIS BACAAN YASSIN






Pada 29 Sept 2011 Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar 2 telah mengadakan Majlis bacaan Yassin memohon munanjat kepada Allah s.w.t khususnya kepada murid-murid yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM pada tahun ini.Majlis bacaan Yassin terserbut di adakan di Masjid Jamek Teluk Kumbar. Dato' Prof Dr Muhamad Idiris bin Salleh selaku Pengerusi Qaryah dalam ucapan beliau menyarankan supaya murid-murid ini menghindarkan diri daripada gejala-gejala yang tidak baik. Pelajaran adalah penting demi menjana masa hadapan dengan lebih baik. Tanpa pelajaran terutamanya bangsa melayunakan ketingalan jauh ke belakang. Jesteru itu beliau memohon kepada semua murid-murid yang tinggal di dalam Qaryah Teluk Kumbar supaya memberi sepenuh masa sebelum menduduki peperikasaan untuk mengulangkaji pelajaran dan dengan tenang menjawap soalan peperiksaan. Semoga memperolehi kejayaan demi memajukan bangsa melayu khususnya. Bacaan Yassin di khalifahkan oleh Imam masjid Teluk Kumbar Tn Hj Saaid dan sembahyang hajat di Imamkan oleh Ustaz Aznan imam Masjid Daerah, Daerah Balik Pulau.

Isnin, 26 September 2011

Jemputan Jamuan Hari Raya JKKKP Bkt Gemuroh & Kg SUluk











24 Spet 2011 / 26 Syawal 1432 8.00mlm Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran JKKKP Bukit Genuroh dan Kampung SUluk bertempat di Dataran Kampung SUluk, Teluk Kumbar, Pulau Pinang berlansung dengan lancar sekali. Majlis di mulakan dengan majlis bacaan Tahalil oleh jemaah Masjid Teluk Kumbar yang diketuai Iman Tn Hj Mohamed bin Mat. Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir. Yb Tn Hj Syed Amerruddin ADUN bayan lepas juga turut serta memeriah kan lg majlis tersebut. Terima kasih juga kepada Pengerusi JKKKP Bukit Gemuroh Tn Hj Nordin Bin AHmad serta Jawatankuasanya, Ketua kawasan Kampung Suluk Tn Hj Tajuddin bin Ismail serta jawatankuasanya, Pengerusi Pertubuhan Wanita Kampung Suluk serta Jawatangkuasanya, Ketua pemuda Kampung SUluk En Noorazli bin Bahari serta pemuda-pemudanya, Pengerusi Kelab Seri Gemuruh En Aizar bin Said serta Jawatankuasanya, Ketu Pemuda UMNO Cawangan Bukit Gemuroh serta Jawatankuasanya, Cik Rahimah bin AHmad serta Jawatangkuasanya ,Pn Melati Bt Kamis serta jawatankuasanya dan terima kasih kepada semua yang menyumbang tidak kira wang ringgit atau tenaga bagi menjayakan program tersebut.