Jumaat, 22 Januari 2016

Kebakaran di Kg Nelayan Teluk Kumbar

Balik Pulau: Dua beranak rentung dalam satu kebakaran di Kampung Nelayan, Teluk Kumbar, di sini,  awal pagi tadi.
   Dalam kejadian jam 2.17 pagi itu, mangsa, Nazri Zainal Abidin, 29, dan anaknya Damia Auliah Salsabila , tiga bulan dipercayai gagal menyelamatkan diri dalam kejadian itu.
  Ketua Operasi Balai Bomba Seri Balik Pulau, Norashikin Md Isa berkata pihaknya mendapat panggilan pada jam 2.17 pagi dan tiba di lokasi 20 minit kemudian.
  "Api dapat dikawal pada jam 2.47 pagi dan mangsa pertama ditemui  pada jam 2.50 pagi dan mangsa kedua ditemui pada jam 4.32 pagi selepas api berkenaan dipadam sepenuhnya.
  "Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagu mendapatkan rawatan lanjut," katanya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan