Isnin, 3 Oktober 2011

MAJLIS BACAAN YASSIN






Pada 29 Sept 2011 Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar 2 telah mengadakan Majlis bacaan Yassin memohon munanjat kepada Allah s.w.t khususnya kepada murid-murid yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM pada tahun ini.Majlis bacaan Yassin terserbut di adakan di Masjid Jamek Teluk Kumbar. Dato' Prof Dr Muhamad Idiris bin Salleh selaku Pengerusi Qaryah dalam ucapan beliau menyarankan supaya murid-murid ini menghindarkan diri daripada gejala-gejala yang tidak baik. Pelajaran adalah penting demi menjana masa hadapan dengan lebih baik. Tanpa pelajaran terutamanya bangsa melayunakan ketingalan jauh ke belakang. Jesteru itu beliau memohon kepada semua murid-murid yang tinggal di dalam Qaryah Teluk Kumbar supaya memberi sepenuh masa sebelum menduduki peperikasaan untuk mengulangkaji pelajaran dan dengan tenang menjawap soalan peperiksaan. Semoga memperolehi kejayaan demi memajukan bangsa melayu khususnya. Bacaan Yassin di khalifahkan oleh Imam masjid Teluk Kumbar Tn Hj Saaid dan sembahyang hajat di Imamkan oleh Ustaz Aznan imam Masjid Daerah, Daerah Balik Pulau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan