Khamis, 28 Julai 2011

PEMBERITAHUAN

Bersempena dengan Bulan Ramadhan Al-Mubarak, pihak Ahli Jawatankuasa Kampung telah pun bermesyuarat dan memutuskan seperti berikut:-

1. Pihak Jawantankuasa Kampung Suluk ingin menjemput tuan/puan serta keluarga untuk mengimarahkan SURAU SEK. MEN. TELUK KUMBAR II . Untuk pengetahuan tuan/puan
SEMBAHYANG TERAWIH tahun ini akan di adakan di Surau tersebut. Jesteru itu marilah kita beramai-ramai ke surau tersebut untuk sama-sama beramal pada bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

2. Sempena dengan bulan RAMADHAN 1432 pada tahun ini pihak Jawatankuasa Kampung Suluk akan mengadakan kutipan malam 27 Ramadhan bermula bila-bila masa dari tarikh notis ini dikeluarkan. Kutipan akan dibuat oleh Ketua Zon masing-masing

3. Sekiranya tuan/puan ingin mengadakan moreh pada malam-malam bulan Ramadhan sila menghubungi Setiausaha Kampung Suluk.

AHLI JAWATANKUASA KAMPUNG SULUK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan