Selasa, 15 Februari 2011

Majlis Kesyukuran Kepulangan Dari MESIR










Kemarin genap lima hari Cik Rosnida bt Rusli 18thn pulang ke tanah air angkara pergolakan di Mesir, beliau pulang melalui OPP PERAMID yang di kelolakan oleh Kerajaan Malaysia. Rosnida adalah anak kelahiran Kampung Suluk yang Berjaya melanjutkan pelajaran bidang perubatan di Univesiti Tanta Mesir tahun pertama. Kemarin ayahnda & bonda serta keluarga Rosnida mengadakan majlis bacaan Yassin, memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah s.w.t kerana anaknda mereka selamat pulang ke pangkuan mereka dengan selamatnya di atas usaha Kerajaan Malaysia. Dalam ucapan ringkas yang disampaikan oleh ayahnda beliau En Rusli Bin Hashim dan juga penasihat Kampung Suluk mengucapkan rasa syukur kehadrat Allah s.w.t dan terima kasih kepada Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Kerajaan Malaysia kerana keperihatinan beliau melancarkan OPERASI OPP PERAMID bagi menyelamatkan rakyat Malaysia yang berada di Mesir. Beliau juga membuat perbandingan antara Malaysia dan Mesir, beliau merasa bertuah dilahirkan di Malaysia yang jauh lebih aman dari Negara-negara lain. Beliau juga berharap Malaysia dapat mengekalkan keamanan yang sedia ada. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan misi tersebut dan terima kasih kepada tetamu yang hadir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan