Rabu, 3 November 2010

PEMBERITAHUAN

“PEMBERITAHUAN”
Assallammualaikum wrmth hwb rkth……
Tuan/Puan yang dihormati,
Ahli Jawatankuasa Kampung Suluk telah pun bermesyuarat pada 24 Oktober 2010 yang lalu dan telah memutuskan perkara seperti berikut:-

 Untuk pengetahuan tuan/puan Jabatan Kesihatan telah pun mewartakan Kampung Suluk salah satu kampong pembawa wabak denggi melalui media cetak & media elektronik. Oleh yang demikian pihak Jawatankuasa Kampung Suluk memandang serius terhadap perkara tersebut. Justeru itu ahli jawatankuasa Kampung Suluk akan berkerja sama dengan pasukan COMBI JKKKP Bukit Gemuroh akan membuat pemantauan dari rumah ke rumah.

 Pemantauan akan dibuat pada bila-bila masa selepas notis ini diberikan. Bersama dengan notis ini pihak jawatankuasa ada menyediakan PLASTIK sampah untuk kegunaan tuan/puan bagi mengisi semua benda yang boleh dijadikan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Sila buang di dalam tong sampah yang disediakan. Semoga terhapusnya tempat pembiakan nyamuk ini maka Kampung Suluk akan bebas dari Denggi. “KESIHATAN KITA TANGGUNGJAWAB KITA”
Luangkan masa 10 minit untuk membersih kawasan rumah anda pada setiap hujung minggu.

 Di samping itu, Jawatankuasa Kampung Suluk merayu kepada tuan/puan marilah kita bersama-sama mengimarahkan surau sekolah pada waktu Maghrib dan Isya’. Semoga dengan pengimarahan surau itu, Kampung kita akan terhindar dari sebarang malapetaka.
AHLI JAWATANKUASA KAMPUNG SULUK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan