Rabu, 28 Julai 2010

MESYUARAT AJK KAMPUNG SULUK






Mesyuarat tersebut telah pun memutuskan perkara seperti berikut :-

Bersempena dengan Bulan Ramadhan Al-Mubarak, pihak Ahli Jawatankuasa Kampung telah pun bermesyuarat dan memutuskan seperti berikut:-

1. Pihak Jawantankuasa Kampung Suluk ingin menjemput tuan/puan serta keluarga untuk mengimarahkan SURAU SEK. MEN. TELUK KUMBAR II dengan kebenaran Pihak Sekolah yang akan bermula pada 29/7/2010 KHAMIS bermula dengan sembahyang Fardhu Maghrib, bacaan Yassin dan sembahyang fardhu Isya akan berterusan sampai bila-bila. Kita akan sama-sama bersembahyang Tarawih pada bulan Ramdhan di Surau tersebut.

2. Sempena dengan bulan RAMDHAN 1431 pada tahun ini pihak Jawatankuasa Kampung Suluk akan mengadakan kutipan malam 27 Ramadhan bermula bila-bila masa dari tarikh notis ini dikeluarkan.

3. Jawatankuasa juga akan mengadakan masakan bubur Lambuk atau Kanji pada setiap hari Sabtu dan Ahad semasa bulan Ramadhan, bertempat di Mini Dewan Kelab Seri Gemuroh (KONTENA) bedekatan dengan Gelangang Sepak Raga Kg Suluk. Masakan akan bermula pada jam 4.00 petang sehingga selesai. Kepada semua penduduk kampong yang ingin turut serta untuk bergotong royong anda dialu-alukan. Semua penduduk Kampung dijemput untuk mengambil Kanji tersebut ditempat seperti diatas.

AHLI JAWATANKUASA KAMPUNG SULUK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan