Semalam geng pemuda UMNO Bukit Gemuroh bergotong royong memasang bendera keramat. Disekitar pondok pemuda Kg Suluk dan di sepanjang jalan Kampung Masjid. Itulah semagat yang di tujukan oleh pemuda.
Rabu, 5 Januari 2011
KERJA PEMUDA UMNO
Semalam geng pemuda UMNO Bukit Gemuroh bergotong royong memasang bendera keramat. Disekitar pondok pemuda Kg Suluk dan di sepanjang jalan Kampung Masjid. Itulah semagat yang di tujukan oleh pemuda.
Majlis Bacaan Yassin & tahlil
Penghuni kuater guru yang terletak bersebelah dengan Sek Men KEb Teluk Kumbar II telah mengadakan majlis bacaan Yassin & Tahlil setelah mereka dapat menduduki kuater tersebut. Turut hadir pada hari tersebut ialah Pengerusi (KIP)Ustaz Adnan, Tuan Imam Masjid Teluk Kumbar Tn Hj Mohammed, Pegawai PPD Barat Daya En Zabidi, Ketua Kawasan Kg Suluk Tn Hj Tajuddin dan semua jemaah. Majlis tersebut diadakan pada 1.1.2011.
Ahad, 12 Disember 2010
KEJOHANAN FOOTSAL 5 SEBELAH TERTUTUP PEMUDA KG SULUK
Kemarin 12 Dec 2010 selesai sudah KEJOHAN FOOTSAL 5 SEBELAH TETUTUP PEMUDA KAMPUNG SULUK anjuran Pemuda Kg Suluk, Kelab Seri Gemuroh & Pemuda UMNO Caw Bkt Gemuroh. Sebanyak 7 pasukan telah berentap seawal jam 9.00 pagi dang berakhir jam 5.00 ptng. Penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar II kerana memberi kebenaran mengunakan padang bagi menjayakan program tersebut. Pengetua Sek Men Keb Tlk Kumbar II En Rusli bin Hashim telah menyempurnakan ucapan persmian penutup. Pasukan Barcelona telah menjuarai pertandingan tersebut membawa pulang Piala Pusingan dan Hamper setiap eorang. Pihak pengelola sekali lai merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengetua Sek Men Tlk Kumbar II dan semua yang telah menyumbang bagi menjayakan program tersebut.
Khamis, 2 Disember 2010
KEJOHANAN FOOTSAL 5 SEBELAH TERTUTUP
JAWATANKUASA KEJOHAN FOOTSAL LIMA SEBELAH (TERTUTUP)KAMPUNG SULUK ANJURAN PEMUDA KAMPUNG SULUK & KELAB SERI GEMUROH (MAYC) AKAN MENGADAKAN KEJOHANAN TERSEBUT PADA 12 DEC 2010 JAM 9.00 PAGI BERTEMPAT DI PADANG SEKOLAH MENENGAH TELUK KUMBAR II. KEPADA SEMUA PEMUDA DAN JUGA BELIA BOLEHLAH MEMBUAT PENDAFTARAN PADA EN LI ABU, EN NASIR & EN RAZANI.
Isnin, 29 November 2010
KENDURI CARA LAMA (BERIDANG)
Pada 27 Nov 2010 (Sabtu) Kenduri di rumah En Basri kembalikan kepada kenangan dulu , kenduri dibuat cecara gotong royong secara beridang. Ketua mentara En Mat asah @ Pak Long Bidin memainkan peranan penting bagi melincinkan kerja-kerja kenduri. Memang seronok apabila semua generasi masyarakat Kampung SUluk hadir untuk bergotong royong. Kenduri itu diserikan lagi dengan kehadiran Yb Tn Hj Syed Amerrudin ADUN Bayan Lepas dan para jemputan.Selain dari paluan kompang oleh kumpulan dari Pertubuhan Wanita Kampung SUluk pengantin di sajikan pula dengan tarian tradisional oleh kumpulan remaja Kampung SUluk.
Rabu, 17 November 2010
MAJLIS KORBAN 2010
Kemarin 19 Nov 2010 bersamaan 10 Zulhijah 1431 penduduk Kampung Suluk mengadakan majlis Korban di perkarangan gelanggang sepak takraw. Sebanyak dua ekor lembu dijadikan korban pada tahun ini. Terima kasih kepada peserta-peserta yang telah menyumbang lembu tersebut. Majlis dimulakan dengan majlis tahalil oleh penduduk kampung. Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan gotong royong majlis tersebut.
Langgan:
Catatan (Atom)