Selasa, 17 Julai 2012
RINTIHAN HINDU GAM DAPAT SAMBUTAN
17 Julai 2012 / 27 Syaaban 1433H bertempat di Sek Men Teluk Kumbar Sungai Batu Majlis Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan & Intervensi Penyalahgunaan Inhalan (GAM) di Komuniti Teluk Kumbar yang telah di rasmikan oleh Y.Bhg. Prof Dato' Susie See Ching Mey Tmbalan Naib Canselor Bahagian Jaingan Industri dan Masyarakat Universiti Sains Malaysia. Banyak juga angensi-agensi kerajaan Persekutuan & NGO-NGO di seluruh Teluk Kumbar mengambil Bahagian.
Dulu penulis pernah menulis maslah ini penyalahan hidu GAM ini yang semakin lama semakin menjadi-jadi.http://pemudakgsuluk.blogspot.com/2010/07/operasi-gam.html . Namun Allhamdullilah ada juga perhatian yang telah di ambil oleh pihak USM Pusat Racun Negara, Pendidikan, AADK & Ngo tempatan. Persoalannya?????? Kalau nak hapus si penghidu kita kena hapus dulu si penjual. Kenapa mereka tidak tahu membeza antar remaja dan orang tua, si penjual sanggup menjual walaupun keutungannya amat sikit. Malahan kedai runci pun ada menjualnya, faham-faham sajalah siapa yang banyak menjalani kedai runcit. Yang nak rosak bukan anak bangsa mereka, maka dengan itu mereka sanggup berbuat demikian. Harapan dari pemudakgsuluk kerajaan dan mas
yarakat kena buat sesuatu untuk menghapus terus gejala ini, sebab ia makin keriktikal.
Ahad, 3 Jun 2012
Isnin, 2 April 2012
PROGRAM QIAMULAIL KG SULUK
25 MAC 2012 Untuk awal tahun ini jawatankuasa kampung suluk membuat pilihan program yang tepas iaitu Program Qiamulail untuk semua penduduk Kampung Suluk dan juga Penduduk Kampung berdekatan. Telah di imamkan oleh Uztaz Aznan imam masjid daerah. Diadakan seawal 4.00pg dan berakhir selepas kuliah subuh.
Isnin, 5 Mac 2012
Program Gotong Royong Kumuniti 1 Malaysia
3 Mac 2012 satu lagi program yang di laksanakan oleh Kumuniti 1 Malaysia Bukit Gemuroh dengan kerjasama Jabatan Penerangan Daerah Barat Daya & PLKN White Resort. Sambutan amat mengalakan oleh penduduk setempat. Program ini juga dapat melatih kerja sosial Pelatih PLKN.Turut hadir pada hari tersebut, YB Syed (ADUN Bayan Lepas, Pengarah Jab Penerangan Negeri Pulau Pinang, En Rusli bin Hashim Pengetua SEK KMEN KEB Teluk KUmbar 2, Th Hj Nordin (pengerusi Kumuniti 1 Malaysia dan lain-lain. Tahniah dari Pemuda KG Suluk.
Hari Keluarga Wanita KG SUluk
Ini lah program tahunan Pertubuhan Qaryah Kg Suluk. Ramai jugak ahli dan keluarga ahli mengambil bahagian. Pemuda juga turut sama berganding bahu bagi menjayakan program tersebut.Program tersebut belangsung pada 26/2/2012. Tahniah kepada pengerusi Pertubuhan tersebut Pn Rahani bt Othman dan semua AJK serta ahli-ahlinya yang menjayakan program tersebut.
Ahad, 19 Februari 2012
MAJLIS KENDURI KAHWIN RUMAH GUSTI TAHIR
Sabtu 18 Feb 2011 Kampung SUluk, Majlis kenduri kahwin rumah Gusti Muhamad Tahir telah berlansung dengan selamatnya. Majlis ini adalah kenduri kahwin anak sulung beliau iaitu Gusti Farah Juwita yang bertemu jodoh dengan jejaka yang berasal dari Negeri Sembilan.Ramai jiran tetangga, rakau taulan, sanak saudara dan para jemputan hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Tahniah diucapkan. Ucapan dari PEMUDA KAMPUNG SULUK semoga pasangantersebut bahagi sehingga ke akhir hayat, amin yarabbal alamin....
Langgan:
Catatan (Atom)