Isnin, 26 April 2010

KEM BELIA IDEAL






Pada 23,24 &25 April 2010 pihak KEMAS ada menganjurkan KEM BELIA IDEAL di Kebun Pak Sharif. Banyak aktiviti yang diaturkan oleh pihak penganjur.Allhamdulillah semuanya selamat.

Ahad, 18 April 2010

Kursus Keluarga Bahagia





Ahad 18 April 2010 Ketua Wanita Kampung Suluk & Bendahari Pertubuhan Wanita Qaryah Kampung SUluk menghadiri kursus Keluarga Bahagia di Balik Pulau. Pada akhir kursus tersbut YB Tn Hj Syed Amerruddin Adun Bayan Lepas hadir untuk majlis perasmian penutup dan penyanpaian sijil.

Majlis Tahlil





Ahad 18 April 2010 Keluarga penulis mengadakan majlis tahlil atau kenduri arwah dirumah ibu penulis. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang sudi menghadiri kenduri tersebut. Disamping itu juga kakak penulis menyambut ulang tahun beliu yang ke ........

Perjumpaan Suai Kenal





Jumaat 16 April 2007 satu perjumpaan di antara nelayan-nalayan yang berhijrah dari Negeri Kedah dan Perlis yang datang ke Negeri Pulau Pinang seterusnya menetap di Kampung SUluk Dan Kampung Nelayan. Atas daya usaha Pak Rejab menemukan mereka ini dengan Jawatan Kuasa JKKKP, Kampung Suluk & Kg Nelayan.

Rabu, 14 April 2010

KEBUN & TAPAK PERKHEMAHAN PAK SHARIF






Kebun Pak Sharif terletak di Kampung Suluk Teluk Kumbar. Kebun ini juga terkenal dengan buah-buahan tempatan seperti Durian, Manggis, Rambutan dan sebagainya, itu setahunsekali. Ada perkara yang lebih menarik dari itu. Sebenarnya kebun ini juga boleh digunakan sebagai tempat perkhemahan dan banyak aktiviti boleh dilaksanakan disitu. Harga pun berpatutan. Sesiapa yang berminat boleh lah menghubungi Pemuda Kg Suluk.

Ahad, 11 April 2010

Bergambar Bersama Ular




Penulis ke Ekspo Kembar di Dewan Masyarakat Perda bersama dengan anak-anak. Yang paling istimewa semalan, kerana pihak penganjur membuat pertunjukan ular yang di persembahkan oleh Raja Ular. Berani nya anak kawan & adik kawan sempat bergambar dengan ular

Rabu, 7 April 2010

Baik Pulih



Alhamdulillah , Yb Berhormat ADUN Bayan Lepas Tn Hj Syed Amerruddin b Dato' Syed Ahmad telah pun memberi sumbangan supaya rumah Pn Noraisah di baik pulikan. Mudah-mudahan Allah S.W.T memberi keberkatan kepada Yang Berhormat di atas bantuan yang telah diberikan. Terima Kasih Yang Berhormat.

Isnin, 5 April 2010

Sukan Sek Keb Seri Bayu Teluk Kumbar

Pada 3hb April 2010 Sek Keb Seri Bayu Teluk Kumbar telah pun mengadakan sukan tahunan. Sukan pada kali ini pihak sekolah telah memberi penghormatan dengan menjemput Pengerusi Qaryah Dato' Prof Dr Idiris b Salleh dan semua ketua-ketua kawasan seluruh Teluk Kumbar bersama-sama memeriahkan sukan tersebut. Program semacam ini lah boleh mempertemukan sahabat-sahabat yang lama. Yang menarik adalah persembahan pancaragam dari Rejimen Askar Melayu. Tahniah Sek Keb Seri Bayu dan PIBG.