Ahad, 24 Januari 2016

Program Syarahan Ustaz Azahar Idrus anjuran Qariyah Masjid Teluk Kumbar .. Jkkkp Bukit Gemuruh, Pemuda Kampung Sulup dan PEKIDA Barat Daya turut serta berkerjasama bagi melancarkan program tersebut. Semoga dengan kerjasama yang di tunjukan akan menyatukan Ummah..Terima kasih kepada semua yg terlibat.












23 jan 2015 "KKPKS"selesai sudah persembahan di majlis raikan cinta di kompleks sukan Balik Pulau. Semoga pasangan ini kekal dan bahagia hingga ke jannah.




Jumaat, 22 Januari 2016

Mesyuarat agong Pertubuhan Wanita Qariyah Kampung Sulup kali ke 18... Dirasmikan oleh Ybhg Dato Prf Dr Idiris Saleh... Penyampaian saguhati kepada anak2 ahli yg mendapat A dlm peperiksaan UPSR ... Doorgif sunguh istimewa timba sorang satu.

Kebakaran di Kg Nelayan Teluk Kumbar

Balik Pulau: Dua beranak rentung dalam satu kebakaran di Kampung Nelayan, Teluk Kumbar, di sini,  awal pagi tadi.
   Dalam kejadian jam 2.17 pagi itu, mangsa, Nazri Zainal Abidin, 29, dan anaknya Damia Auliah Salsabila , tiga bulan dipercayai gagal menyelamatkan diri dalam kejadian itu.
  Ketua Operasi Balai Bomba Seri Balik Pulau, Norashikin Md Isa berkata pihaknya mendapat panggilan pada jam 2.17 pagi dan tiba di lokasi 20 minit kemudian.
  "Api dapat dikawal pada jam 2.47 pagi dan mangsa pertama ditemui  pada jam 2.50 pagi dan mangsa kedua ditemui pada jam 4.32 pagi selepas api berkenaan dipadam sepenuhnya.
  "Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagu mendapatkan rawatan lanjut," katanya.





Khamis, 21 Januari 2016

Aktiviti pemuda Kampung Suluk pada malam hari.. mudah-mudahan tiada aktiviti yang tidak sihat mereka lakukan.





Allahmdulillah
9 Jan 2016 Ketua kawasan Kampung Suluk dan Ajk Kampung Suluk bersama dengan Pengerusi Qariah Teluk Kumbar Dato' Prof Dr Idiris Salleh dan Ajk Qariyah melihat tanah cadangan untuk membina surau di Kampung Suluk. Mudahan mendapat rahmat dari Allah s.w.t




Selasa, 19 Januari 2016

Persembahan di dataran Kg Suluk kenduri kahwin saudara Azri dan Syafika 25 Jun 2015... semoga pasangan ini kekal dan bahagia hingga ke Jannah.
Persembahan "KKPKS" Di dewan Permatang Damar Laut 20 Mei 2015.. semoga pasanagan ini kekal dan bahagia hingga ke Jannah.

Persembahan "KKPKS" di Kg Permatang Damar Laut 16 Januari 2016.. semoga pasangan ini kekal dan bahagia hingga ke Jannah.

Persembahan "KKPKS" di dewan Masyarakat Teluk Kumbar 12 Dis 2015 semoga pasangan ini kekal dan bahagia hingga ke Jannah.


Persembahan "KKPKS" di dewan MBPP Balik Pulau. Semoga pasangan ini kekal dan bahagia henggia ke Jannah.


Persembahan "KKPKS" Kenduri dewan masjid Maqbul Teluk Kumbar 20 Sept 2015... Semoga pasangan ini kekal dan bahagia hingga ke jannah.


Persembahan sulung KELAP KOMPANG PEMUDA KAMPUNG SULUK "KKPKS" Di Kampung Gertak Sanggul 8 Mar 2015