Ahad, 30 Oktober 2011

ADI AKHIRI ZAMAN BUJANG






30 Oktober 2011 Ahad seorang lagi rakan pemuda mengahiri zaman bujang iaitu Adi yang menemui jodohnya besama dengan Wani seorang guru. Majlis kenduri kahwin di adakan di kediaman beliau di Kampung Suluk. Ramai tetamu yang hadir bagi memeriahkan mejlis kenduri kahwinya. Bagi pihak pemuda mengucapkan tahniah dan semoga pasangan tersebut kekal ke akhir hayat amin.

Jumaat, 28 Oktober 2011

PEMBASMIAN TIKUS






Ahlijawatankuasa Kampung Suluk merakamkan ucapan terima kasih kepada unit kesihatan awam MPPP. Operasi di ketuai En Hamzah bersama tiga orang pembantu hadir ke Kampung SUluk untuk membasmi tempat pembiakan tikus.

KENDURI KAHWIN IETA & ALIEZ






Sabtu 22hb Oktober 2011 seorang lagi pasangan mengakhiri zaman bujang. Majlis kenduri kahwin diadakan di rumah pengantin perumpuan merupakan anak jati kampung suluk. Pasangan beliau ,pengantin lelaki berasal dari Negeri Johor. Ramai tetamu yang hadir bagi memeriahkan kenduri tersebut. Ucapan dari Pemuda Kampung Suluk semoga kekal sehingga ke akhir hayat hendaknya. Amin.

Isnin, 3 Oktober 2011

MAJLIS BACAAN YASSIN






Pada 29 Sept 2011 Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar 2 telah mengadakan Majlis bacaan Yassin memohon munanjat kepada Allah s.w.t khususnya kepada murid-murid yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM pada tahun ini.Majlis bacaan Yassin terserbut di adakan di Masjid Jamek Teluk Kumbar. Dato' Prof Dr Muhamad Idiris bin Salleh selaku Pengerusi Qaryah dalam ucapan beliau menyarankan supaya murid-murid ini menghindarkan diri daripada gejala-gejala yang tidak baik. Pelajaran adalah penting demi menjana masa hadapan dengan lebih baik. Tanpa pelajaran terutamanya bangsa melayunakan ketingalan jauh ke belakang. Jesteru itu beliau memohon kepada semua murid-murid yang tinggal di dalam Qaryah Teluk Kumbar supaya memberi sepenuh masa sebelum menduduki peperikasaan untuk mengulangkaji pelajaran dan dengan tenang menjawap soalan peperiksaan. Semoga memperolehi kejayaan demi memajukan bangsa melayu khususnya. Bacaan Yassin di khalifahkan oleh Imam masjid Teluk Kumbar Tn Hj Saaid dan sembahyang hajat di Imamkan oleh Ustaz Aznan imam Masjid Daerah, Daerah Balik Pulau.