Khamis, 24 Februari 2011

KONVOI DARI VISTANA KE SG ARA









Pemuda Kampung Suluk terut serta berkonvoi bersama Mahaguru Dato' Omar Mauju pengasas Sini Silat Cekak ke program yang belansung di Sungai Ara.

Lawatan YB Syed ke ZON 2 Kg Suluk




23 feb 2011 Yang Berhormat Tn Hj Syed Amerrudin ADUN Kawasan Bayan Lepas turun padang melihat masalah yang di hadapai oleh penduduk kampung berkaitan dengan masalah paip air yang kerap bocor. Sehinggakan jalan mini tar di kawasan tersebut dibanjiri oleh air. Menjadi satu masalah kepada penduduk kampung terutama kanak-kanak sekolah yang berjalan kaki untuk kesekolah atau sebaliknya.

Selasa, 15 Februari 2011

Majlis Kesyukuran Kepulangan Dari MESIR










Kemarin genap lima hari Cik Rosnida bt Rusli 18thn pulang ke tanah air angkara pergolakan di Mesir, beliau pulang melalui OPP PERAMID yang di kelolakan oleh Kerajaan Malaysia. Rosnida adalah anak kelahiran Kampung Suluk yang Berjaya melanjutkan pelajaran bidang perubatan di Univesiti Tanta Mesir tahun pertama. Kemarin ayahnda & bonda serta keluarga Rosnida mengadakan majlis bacaan Yassin, memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah s.w.t kerana anaknda mereka selamat pulang ke pangkuan mereka dengan selamatnya di atas usaha Kerajaan Malaysia. Dalam ucapan ringkas yang disampaikan oleh ayahnda beliau En Rusli Bin Hashim dan juga penasihat Kampung Suluk mengucapkan rasa syukur kehadrat Allah s.w.t dan terima kasih kepada Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Kerajaan Malaysia kerana keperihatinan beliau melancarkan OPERASI OPP PERAMID bagi menyelamatkan rakyat Malaysia yang berada di Mesir. Beliau juga membuat perbandingan antara Malaysia dan Mesir, beliau merasa bertuah dilahirkan di Malaysia yang jauh lebih aman dari Negara-negara lain. Beliau juga berharap Malaysia dapat mengekalkan keamanan yang sedia ada. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan misi tersebut dan terima kasih kepada tetamu yang hadir.

LAWATAN KE MELAKA






Kelab Seri Gemuroh (MAYC) Teluk Kumbar telah membuat lawatan ke Negeri Bersejarah iaitu Melaka pada 11-13 Feb 2011. Banyak program yang diatur oleh pihak urusetia seperti lawatan ketempat-tempat yang bersejarah dan paling istimewa ialah perlawanan persahabatan bola sepak diantara Kelab Seri Gemuroh (MAYC) dengan MAYBANK Melaka yang belansung di Padang TUN Fatimah. Terima Kasih kepada MAYBANK Melaka di atas layanan yang baik. Terima Kasih juga kepada YAB Ketua Menteri Melaka kerana menyediakan makan tengahari kepada rombangan. Tahniah kepada Kelab Seri Gemuroh yang diterajui Oleh En Aizar bin Said (Pengerusi), En Razani bin Rusli (Setiausaha) serta Ajk kerana bersusah payah mengatur dan merangcang, akhirnya berjaya membuat lawatan Pulau Pinang – Melaka. Terima Kasih kepada En Mat Asah (Timbalan Ketua Kampung Suluk) kerana turut serta bersama rombangan tersebut. Tahniah kepada pasukan bola sepak kerana berjaya dalam perlawanan tersebut.

Isnin, 7 Februari 2011

KULIAH MAGHRIB





Allhamdulillah satu lagi aktiviti yang dapat direalisasikan di SURAU Sek Men Teluk Kumbar II yang sekarang ini digunakan oleh penduduk kampung dan Penduduk Quater guru dengan mengadakan Kuliah Maghrib. Semalan Ustaz Nasaruddin bin Desa dijemput untuk mengadakan kuliah tersebut. Terima kasih kepada penduduk kampung dan quater di atas kehadiran tuan-puan semalam. Turut hadir Pengetua Sek Men Teluk Kumbar II Cikgu Rusli bin Hashim.

Elias Yahaya (Abng Cik) AKHIRI ZAMAN BUJANG






Tahniah kepada Elias Yahaya telah pun mengakhiri zaman bujang beliau pada 6 Feb 2011 baru-baru ini. Rombongan pemgantin lelaki beramai-ramai ke majlis kenduri di rumah pengantin perempuan di Tanjung Piandang Perak. Pengantin terkedu kerana diminta menyampaikan sebuah lagu yang berjudul "MEMORI DAUN PISANG" Oleh DJ yang bertugas. "SEMOGA BERKEKALAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT HENDAKNYA AMIN"