Isnin, 29 November 2010

KENDURI CARA LAMA (BERIDANG)


















Pada 27 Nov 2010 (Sabtu) Kenduri di rumah En Basri kembalikan kepada kenangan dulu , kenduri dibuat cecara gotong royong secara beridang. Ketua mentara En Mat asah @ Pak Long Bidin memainkan peranan penting bagi melincinkan kerja-kerja kenduri. Memang seronok apabila semua generasi masyarakat Kampung SUluk hadir untuk bergotong royong. Kenduri itu diserikan lagi dengan kehadiran Yb Tn Hj Syed Amerrudin ADUN Bayan Lepas dan para jemputan.Selain dari paluan kompang oleh kumpulan dari Pertubuhan Wanita Kampung SUluk pengantin di sajikan pula dengan tarian tradisional oleh kumpulan remaja Kampung SUluk.

Rabu, 17 November 2010

MAJLIS KORBAN 2010











Kemarin 19 Nov 2010 bersamaan 10 Zulhijah 1431 penduduk Kampung Suluk mengadakan majlis Korban di perkarangan gelanggang sepak takraw. Sebanyak dua ekor lembu dijadikan korban pada tahun ini. Terima kasih kepada peserta-peserta yang telah menyumbang lembu tersebut. Majlis dimulakan dengan majlis tahalil oleh penduduk kampung. Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan gotong royong majlis tersebut.

Rabu, 3 November 2010

PEMBERITAHUAN

“PEMBERITAHUAN”
Assallammualaikum wrmth hwb rkth……
Tuan/Puan yang dihormati,
Ahli Jawatankuasa Kampung Suluk telah pun bermesyuarat pada 24 Oktober 2010 yang lalu dan telah memutuskan perkara seperti berikut:-

 Untuk pengetahuan tuan/puan Jabatan Kesihatan telah pun mewartakan Kampung Suluk salah satu kampong pembawa wabak denggi melalui media cetak & media elektronik. Oleh yang demikian pihak Jawatankuasa Kampung Suluk memandang serius terhadap perkara tersebut. Justeru itu ahli jawatankuasa Kampung Suluk akan berkerja sama dengan pasukan COMBI JKKKP Bukit Gemuroh akan membuat pemantauan dari rumah ke rumah.

 Pemantauan akan dibuat pada bila-bila masa selepas notis ini diberikan. Bersama dengan notis ini pihak jawatankuasa ada menyediakan PLASTIK sampah untuk kegunaan tuan/puan bagi mengisi semua benda yang boleh dijadikan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Sila buang di dalam tong sampah yang disediakan. Semoga terhapusnya tempat pembiakan nyamuk ini maka Kampung Suluk akan bebas dari Denggi. “KESIHATAN KITA TANGGUNGJAWAB KITA”
Luangkan masa 10 minit untuk membersih kawasan rumah anda pada setiap hujung minggu.

 Di samping itu, Jawatankuasa Kampung Suluk merayu kepada tuan/puan marilah kita bersama-sama mengimarahkan surau sekolah pada waktu Maghrib dan Isya’. Semoga dengan pengimarahan surau itu, Kampung kita akan terhindar dari sebarang malapetaka.
AHLI JAWATANKUASA KAMPUNG SULUK