Selasa, 15 Jun 2010

Pertandingan Futsal





Ahad 13/6/2010 Pemuda Kampung Suluk menyertai pertandingan futsal anjuran Bb Fustal Tournament di Batu Maung. Pasukan ini berjaya sabagai naib johan dengan kiraan lambung duit. Walaubagaimanapun mereka bersyukur dengan tempat kedua. Ini sahaja rezeki yang diperolehi. Allhamdulillah.....

Pertandingan Nasyid Anjuran Pemuda Qaryah











Biro Pemuda Qaryah Teluk Kumbar telah mengadakan pertandingan nasyid pada 12/6/2010 yang lalu. Putera dan Puteri yang mewakili Kampung Suluk telah berjaya di Tempat yang kedua (Naib Johan) dengan lagu yang berjudul DAMAI. Tahniah kepada tenaga pengajar dan tidak lupa kepada Pemuda Qaryah serta ahlijawatankuasanya yang berjaya mengadakan program ini. Dan tahiah kepada yang berjaya kepada yang tidak berjaya teruskan usaha.

Malam Wold Cup





Pemuda Kampung Suluk menganjurkan sedikit jamuan dan majlis doa selamat pada malam berlansungnya pertandingan bola sepak dunia. Disamping itu masjis sembang-sembang diadakan dengan memberi sedikit penerangan kepada pemuda kampung oleh Ketua Pemuda dan Penasihat Kampung. Tujuan jamuan ini dibuat bukan bertujuan untuk mengagong-agongkan piala dunia, sebaliknya untuk mengeratkan lagi talisilaturrahim diantara pemuda-pemuda. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Penasihat Kampung Cikgu Rusli. Turut hadir Pengerusi Jkkkp Tn Hj Nordi Ahmad,Timbalan Ketua Kampung, Paklong Bidin, Penasihat Kampung, En Rusli , Pengerusi Kelab Seri Gemuroh, En Azai b Said, Ketua Pemuda UMNO Caw Bukit Gemuroh,En Yaris Mat Noor & dibantu oleh Puteri-puteri Bukit Gemuruh.

Rabu, 2 Jun 2010

Motivasi Kepada Pelajar SMK Tlk Kumbar II






Pagi tadi jam 9.00 pagi 3/6/2010 Kumuniti Bistari Bukit Gemuruh dengan Kerjasama Sek Men Keb Teluk Kumbar II, PIBG Sek Men Tlk Kumbar II dan NGO Seluruh penadbiran Kumuniti Bukit Gemuruh Telah mengadakan Motivasi kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 & 2. Penceramah jemputan ialah Ustaz IZZAT HAMBALI BIN HJ HAMZAH Timbalan Perisiden Yayasan Pembangunan Muslim.Turut terlibat Siswi dari USM Pulau Pinang yang membeuat kerja pratikal di Kampung Suluk. Gambar seterusnya di Facebook (Azli Bahari @ juragan2134@yahoo.com

Mesyuarat Agong UMNO Cawangan Bukit Gemuruh






Seperti biasa setiap tahun UMNO cawangan-cawangan di suluruh Negara akan mengadakan mesyuarat Agong. Alhamdullilah UMNO cawangan Bukit Gemuruh telah pun selesai melaksanakan mesyuaratnya yang diadakan di perkarangan Gelanggang Sepak Takraw Kampung Suluk. Pada 30/5/2010 yang lalu.