Isnin, 31 Mei 2010

Gotong Royong Bersama Pelatih PLKN






Seramai 315 orang Pelatih PLKN dari Kem White Resort Pulau Betong telah menyertai Program Khidmat Komuniti PLKN (Gotong Royong ) di Kawasan pentadbiran Kumuniti Bistari Bukit Gemuruh pada 29hb Mei 2010 yang lalu. Pelaih di pecahkan ke beberapa kawasan yang telah dirancang. Kampung Suluk menerima seramai 110 orang pelatih terdiri daripada berbilang bangsa. Bagi pihak Kampung Suluk ingin merakamkan ucapan terima kasih pada Kem PLKN White House, Pejabat Penerangan Barat Daya, Kumuniti Bistari Bukit Gemuruh, Wanita Qariyah Kampung Suluk, Pemuda Kampung Suluk, Kelab Seri Gemuruh dan semua penduduk Kampung yang turut serta dalam gotong royong tersebut. Gambar selanjutnya dalam facebook (Azli Bahari @ juragan@yahoo.com.my

Mesyuarat untuk mengadakan Program





Pejabat Penerangan bersama dengan Kumuniti Bistari Bukit Gemuruh mengAdakan mesyuarat pada 25 Mei 2010 di Pusat Khidmat Yb Syed ADUN Bayan Lepas untuk mengdakan aktiviti PROGRAM KHIDMAT NEGARA KOMUNITI PLKN. Qariyah Masjid, Kampung Suluk,Kampung Nelayan, Kumuniti Bistari Bukit Gemuruh juga terlibat dalam mesyuarat tersebut.

Ahad, 9 Mei 2010

FUTSAL PIALA PENGARAH KEMAS



KEMARIN PEMAIN DARI PEMUDA KG SULUK & KELAB SERI GEMUROH (NAMA PASUKAN UPIN & IPIN) KE BEST BOLA-BOLA DI MAKMANDIN UNTUK MENYERTAI PELWANAN FUTSAL PIALA PENGARAH KEMAS NEGERI PULAU PINANG. APAKAN DAYA TIDAK LAYAK KE PUSINGAN YANG KE 2, WALAUPUN SAMA MATA UNTUK TEMPAT KE 2 DALAM KUMPULAN DI SEBABKAN KURANG JARINGAN PASUKAN INI TERKELUAR DARI CARTA. APA PUN SYABAS KEPADA PASUKAN INI. TERIMA KASIH JUGA KEPADA PERTUGAS2 YANG BERSAMA-SAMA KESANA.

Isnin, 3 Mei 2010

Biro Gerak Perihatin Ke Kg Suluk




Kampung Suluk 2 MEI 2010, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau En Aziaan b Ariffin, Pengerusi Biro Gerak Perihatin En Roslan b Sahib, Ketua Umnon Cawangan Bukit Gemuroh Tn Hj Nordin b Ahmad, Penasihat Kag Suluk En Rusli b Hashim, Ketua Pemuda UMNO Bukit Gemuroh En Yaris b Md Noor dan pemuda-pemuda cawangan Bukit Gemuroh kerumah Saudara Mohd Azlan b Arhad (Adik Kepada Pemain Bowling Padang Kebangsaan Cik Azlina Arshad) dan Pn Fatimah bt Mat Din. Sumbang diberi atas sikap perihatin yang ditunjukan kepada mereka yang memerlukan.