Ahad, 28 Mac 2010

Gotong royong bencana






26 Mar 2010 pada malam harinya angin kencang dan hujan lebat yang turun menyebabkan sebatang pokok Medang yang terletak dibelakang rumah Puan Noraisah bt Hashim 62thn seorang ibu tunggal. Pokok tersebut tumbang, lalu menimpa bumbung sebelah dapur rumah beliu. Sebilangan daripada pemuda Kampung Suluk bersama dengan ketua pemuda telah hadir untuk bergotong royong bagi memindahkan pokok tersebut. Turut hadir pada petang tersebut En Mat Asah b Yob Tim Ketua Kampung & Pengerusi JKKKP Bukit Gemuroh Tn Hj Nordin B Ahmad. Perkara ini telah pun diadukan kepada Yb Kawasan ADUN Bayan Lepas. Bagi pihak Ketua Pemuda Kampung Suluk ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang membantu mangsa bencana pada hari tersebut.

Ahad, 14 Mac 2010

Bengkel PTPK





14 Mar 2010 Pusat Khidmat ADUN Bayan Lepas, pihak KEMAS Parlimen Balik Pulau bersama-sama dengan JKKKP Bukit Gemuroh mengadakan bengkel Pelan Tindakan Pembagunan Kampung. Kampung yang berada dibawah pentadbiran JKKKP Bukit Gemuroh yang terlibat ialah Kampung Suluk dan Kampung Nelayan. KEMAS diwakili oleh En Jamaludin b Fadzil (Penyelia Kanan) dan En Noorazli b Bahari (Penyelia Pembangunan Desa).

Majlis Berendoi

14 Mar 2010 Kempulan Marhaban & Berendoi dari Qaryah Masjid Teluk Kumbar telah dijemput untuk mengadakan masjis berendoi di rumah En Tahir di Kg Masjid, Teluk Kumbar.Majlis ini jarang-jarang diadakan pada masa sekarang ini. Berendoi berasal daripada kata “endoi”, iaitu buaian yang lazimnya digunakan untuk menidurkan bayi atau kanak-kanak. Berendoi adalah bentuk permainan yang berfungsi sebagai upacara keagamaan. Lagu-lagunya adalah berunsur nasihat kepada anak-anak dan juga ibu bapa. Mengikut sumber, berendoi berasal dari negeri Perlis bermula sekitar tahun 1930-an. Tokoh berendoi negeri Perlis ialah Ku Zainal Ku Abdullah yang sudah terlibat dalam kesenian ini selama 15 tahun. Peralatan persembahan ialah sebuah “endoi” atau buaian digantung di tengah-tengah rumah, air satu jag dan juga sirih pinang yang diletakkan di dalam tepak. Upacara berendoi ini boleh diadakan pada siang atau malam hari. Berendoi dimulai dengan Maulud dan lagu yang didendangkan ialah Selawat Nabi kemudian lagu-lagu lain. Ahli sesuatu kumpulan berendoi sekurang-kurangnya empat orang. Isi lagu-lagu berendoi berupa puji-pujian kepada nabi dan juga nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa. Jumlah lagu yang didendangkan pada setiap kali persembahan bergantung pada kehendak tuan rumah. Untuk pakaian persembahan, selalunya kaum lelaki memakai baju Melayu, bersongkok putih atau berserban dan berkain. Jika kumpulan berendoi itu terdiri daripada kaum wanita sahaja, maka pakaiannya adalah seperti mana yang lazim dipakai oleh wanita hari ini, iaitu berbaju kurung dan bertudung. Berendoi berfungsi alat hiburan dan pengajaran serta nasihat supaya anak mendengar nasihat ibu bapa. Nasihat bercorak agama disampaikan melalui lagu-lagu Nabi Muhammad dan Rukun Islam yang menceritakan sejarah nabi dan kehidupan nabi.

Sabtu, 13 Mac 2010

IM METRO FUTSAL






13 Mac 2010 Pasukan dari Kelab Seri Gemuroh Teluk Kumbar dan Pemuda Kg Suluk telah menyertai perlawaan futsal di Safira Sports Planet anjuran IM METRO. Tahniah kepada pemain walaupun kecundang pada pusingan ke 2. Dan terima kasih kepada Biro Sukan dan sahabat-sahabat yang banyak membantu membawa pemain ke tempat perlawan.
Pemain-pemain seperti berikut:-
1.Sahar
2.Azahar
3.Wan Radzi
4.Mat Nasution
5.Mat Trap
6.Afis
7.Azahari
8.Mat yen

Nasir, Busai, Zani, Remy, Jan, Naon, Li Abu, Faizal , Azri , Adi dan Mat Anas (Petugas yang bersama ke Safira)

Rabu, 10 Mac 2010

MAJLIS BACAAN YASSIN






Pada tiap-tiap malam jumaat pemuda Kampung Suluk dan juga kampung berdekatan, mengadakan majlis bacaan Yassin rumah ke rumah. Program ini diadakan bagi tujuan cintakan pemuda kearah majlis-majlis keagamaan.

Khamis, 4 Mac 2010

Futsal






Futsal telah diadakan pada 7/6/2009 di padang belakang Sek Men Teluk Kumbar II. Program ini anjuran Pemuda Kampung Suluk, Kelab Seri Gemuroh dan Pemuda UMNO Caw Bukit Gemuroh. Tujuan program ini dibuat adalah untuk merepatkan talisilaturahim di antar pemuda-pemuda dan pemimpin tempatan.Perlawanan amal diantara Urusetia dan AJK Pemuda UMNO Bah Balik pulau di sajikan sebelum perlawanan akhir. Turut hadir dalam perasmian penutup ialah En Aziaan (KP Pemuda UMNO Bah B.Pulau),En Hisham (NKP Pemuda UMNO b.Pulau) En Rusli b Hashim penasihat Kg Suluk dan pemimpin-pemimpin lain. Tahniah kepada pasukan yang berjaya.

KONVOI KE TELUK BATIK





KONVOI KE TELUK BATIK AJURAN KELAB SERI GEMUROH pada 15/2/2009. Bacaan doa oleh Ketua Kawasan Kampung Suluk Tn Hj Tajuddin di iringin oleh Penasihat Kg Suluk En Rusli b Hashim, Pengerusi JKKKP Bukit Gemuroh Tn Hj Nordin dan Pengerusi KSG En Aizar b Said. Konvoi bertolak dari Kampung Suluk ke Teluk Batik Perak. Sempat singgah di Pantai Remis memberi sumbang kepada rumah anak-anak yatim.

Banjir di Kampung Suluk




Kampung Suluk Zon 1 pernah dilanda banjir pada 5/9/2008. Hujan yang turun pada petang hari selama 5jam menyebabkan air dari bukit turun dengan banyak sekali. Air tersebut tidak dapat turun ke laut kerana pada ketika itu air laut pasang.

Selasa, 2 Mac 2010

PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA MASYARAKAT







Kampung Suluk 14 & 15 Feb 2010. Seramai lebih kurang 300 orang lapisan umur turut serta dalam program Pemimpin Bersama Masyarakat anjuran KEMAS Parlimen Balik Pulau dengan kerjasama Pemuda Kampung Suluk, Kelab Seri Gemuroh dan Pergerakan Pemuda UMNO Caw Bukit Gemuroh dan tidak terkecuali Pertubuhan Wanita Qariyah Kampung Suluk. Program ini berlansung selama dua hari 14 & 15hb Feb 2010. Aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan Futsal, Sepak Takraw dan Jasamu Di Kenang bagi meraikan mereka-mereka yang banyak berjasa kepada Kampung Suluk dan Kelab Seri Gemuruh. Program ini juga bertujuan mengeratkan lagi talisilatulrahim diantara pemuda dan penduduk kampung. Jawatankuasa Program juga ingin merakamkan juataan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program tersebut dan terima kasih kepada En Abdullah bi Hj Morad (Penolong Pengarah Operasi II KEMAS Negeri Pulau Pinang) diatas kesudian melawat program tersebut.Turut hadir pada malam penyampaian hadiah En Aziaan b Hj Ariffin Ketua pergerakan Pemuda UMNO Balik Pulau.